Enhanced Smart Power+ (eSP+)
Enjin 157cc dengan eSP+ dan PGM-FI memberikan prestasi yang lancar dan bertenaga. Disahkan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) untuk jarak perjalanan lebih jauh dan pelepasan karbon yang lebih rendah.
Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
Brek cakera di bahagian hadapan dan belakang dengan sistem ABS tunggal untuk meningkatkan kawalan dan keyakinan semasa membrek, disahkan dengan Sijil MyMAP.
Sistem Kunci Pintar Honda
Suis pencucuhan pintar dan ciri keselamatan lanjutan dengan penggera anti-kecurian serta sistem Answer Back.
Pencahayaan LED Penuh
Lampu LED penuh yang menerangi setiap perjalanan anda.
Pengecas USB dalam Kotak Konsol
Pengecas USB dalam kotak konsol untuk memudahkan pengecasan gajet semasa menunggang.
Meter Kelajuan Digital Penuh
Meter digital penuh dengan paparan canggih serta pelbagai maklumat termasuk penggunaan bahan api dan paparan masa.
Kotak Utiliti 18 Liter
Kotak utiliti 18 liter yang pasti memudahkan perjalanan harian anda.
Reka Bentuk Rim Tuangan Dengan Tayar Lebih Lebar
Tunggang dengan lebih yakin dengan saiz tayar yang lebih besar serta reka bentuk rim tuangan.