Cetakan Kupon Berkualiti dengan Pilihan Perforasi (Garisan Koyak)
Kupon merupakan salah satu medium promosi yang berkesan untuk menarik pelanggan, meningkatkan jualan dan menggalakkan pembelian berulang. Sesuai digunakan sebagai kupon diskaun, baucar hadiah, tiket cabutan bertuah, tiket acara, kupon penebusan dan pelbagai tujuan promosi lain.
Kami menyediakan perkhidmatan cetakan kupon berkualiti tinggi dengan pelbagai pilihan saiz, jenis kertas, nombor siri, serta perforasi (garisan koyak) untuk memudahkan bahagian kupon ditanggalkan dengan kemas.
Sama ada untuk perniagaan kecil, syarikat korporat, sekolah atau penganjuran acara, kupon yang dicetak secara profesional dapat memberikan imej yang lebih kemas dan meyakinkan.
Malaysia