Enjin 157cc dengan eSP+ mengekalkan kualiti eSP iaitu kecekapan dan kelancaran operasi dengan meminimumkan geseran dalaman melalui pembakaran yang diperhalusi dan mengawal jumlah bahan api yang disuntik (PGM-FI) dengan tepat. Ditambah dengan peningkatan prestasi yang ketara melalui 4 injap yang menghasilkan kecekapan bahan api yang lebih baik, prestasi yang lebih lancar dan pengurangan pelepasan.
Mengesan kehilangan daya tarikan pada roda belakang dan mengurangkan kuasa enjin secara elektronik untuk memastikan cengkaman dan kestabilan motosikal.
Brek cakera di hadapan dan belakang dengan set ABS tunggal yang diiktiraf MyMAP untuk meningkatkan kawalan dan keyakinan apabila membrek.
Hidupkan enjin dan kunci handel dengan sistem kunci pintar. Dilengkapi penggera anti-kecurian dan system jawab-balik untuk meningkatkan keselamatan.
Lampu kecemasan akan berkelip secara automatik untuk memberi amaran kepada pengguna jalan lain ketika membrek secara mengejut atau dalam situasi kecemasan.
Cermin penghadang angin yang lebih tinggi dengan dua tahap larasan untuk keselesaan ketika menunggang .
Ruang simpanan yang besar dan versatile untuk kegunaan harian dan perjalanan santai pada hujung minggu. Mudah dengan kemampuan memuatkan topi keledar dengan ruang lebihan untuk sarung tangan dan baju hujan. Simpan beg galas dan barangan runcit untuk perjalanan yang selamat.
Kemudahan mengecas gajet di dalam kotak konsol semasa menunggang.
Direka bentuk untuk memaparkan maklumat berguna dengan rekaan moden dan paparan jelas semasa bergerak. Speedometer untuk pemantauan kelajuan selamat, tolok bahan api dan odometer untuk pantauan bahan api, jam untuk ketepatan waktu dan pelbagai ikon amaran untuk keselamatan pengguna dan motosikal.
Mematikan enjin secara automatik ketika berhenti di lampu isyarat atau berhenti seketika, membantu menjimatkan bahan api.
Teknologi LED moden memberikan pencahayaan lebih terang untuk lampu hadapan, belakang & isyarat membelok.
Rekabentuk dipertingkatkan untuk memudahkan capaian tanah dan keselesaan .
Malaysia