Membeli pendingin hawa (aircond) baharu baru merupakan langkah pertama untuk keselesaan rumah anda. Namun, tahukah anda bahawa cara pasang aircond yang betul amat kritikal bagi memastikan jangka hayat mesin yang lama dan penjimatan elektrik yang optimum?
Pemasangan yang tidak mengikut spesifikasi bukan sahaja boleh membatalkan waranti, malah berisiko menyebabkan masalah seperti aircond tak sejuk atau kebocoran gas.
Dalam artikel ini, kami kongsikan 10 langkah pemasangan aircond dinding (split unit) yang standard mengikut SOP pengeluar untuk rujukan anda atau bagi memantau kerja kontraktor HVAC anda.
Sebelum memulakan kerja, pastikan semua peralatan kerja berada dalam kondisi yang selamat dan lengkap. Antara alatan wajib termasuklah:
Mesin pam vakum (vacuum pump)
Manifold gauge
Pemotong tiub kuprum (copper cutter & reamer)
Bahan pemasangan yang berkualiti.
Teknisi akan menentukan kedudukan plat pendakap (mounting bracket) pada dinding. Kedudukan mestilah rata dan seimbang dengan menggunakan penimbang air (spirit level) sebelum lubang paip ditebuk dan unit dalaman disangkut dengan kemas.
Proses mengukur, memotong, dan melentur tiub kuprum dilakukan mengikut jarak tepat di antara unit dalaman dan unit luaran (outdoor). Penggunaan alat pemotong dan pengisar (reamer) yang betul amat penting bagi mengelakkan serpihan copper masuk ke dalam sistem.
Hujung tiub kuprum akan dikembangkan (proses flaring) untuk disambungkan ke flare nut unit dalaman dan luaran. Sambungan ini mesti diketatkan menggunakan perengkuh tork (torque wrench) mengikut spesifikasi paip bagi mengelakkan kebocoran gas di kemudian hari.
Kabel kuasa (power cable) dan kabel isyarat (signal cable) di antara unit indoor dan outdoor disambung dengan teliti. Pendawaian mestilah mengikut litar skematik yang ditetapkan oleh pihak kilang/pengeluar demi keselamatan optimum.
💡 Nota Penting: Pendawaian yang kemas dan mengikut litar skematik dapat mencegah masalah litar pintas atau kerosakan pada papan elektronik (PCB board) aircond.
Sebelum gas aircond dilepaskan, gas nitrogen bertekanan tinggi akan dimasukkan ke dalam sistem paip penyejuk. Langkah ini bertujuan untuk menguji semua sambungan flare dan memastikan tiada sebarang kebocoran halus pada sistem paip.
Ini adalah langkah yang paling kerap diabaikan oleh teknisi tidak bertauliah. Proses vakum wajib dilakukan menggunakan vacuum pump untuk mengeluarkan udara, kelembapan, dan gas tidak boleh kondensat daripada sistem paip sehingga mencapai bacaan ideal di bawah 500 mikron.
Paip saliran air keluar (paip PVC) dipasang daripada takungan unit dalaman ke tempat pembuangan. Paip mesti diletakkan pada kecerunan yang betul bagi memastikan air mengalir lancar, sekali gus mengelakkan masalah aircond bocor atau menitis di dalam rumah.
Sekiranya jarak atau panjang paip pemasangan di antara unit indoor dan outdoor melebihi had standard yang ditetapkan oleh pengeluar, kiraan dan tambahan gas penyejuk (refrigerant) perlu dibuat mengikut berat (gram) yang diperlukan.
Langkah terakhir adalah melakukan ujian larian unit (test run). Teknisi profesional akan mengukur parameters penting seperti:
Arus elektrik (current/ampere)
Bacaan tekanan gas (refrigerant pressure)
Suhu udara keluar daripada indoor unit.
Semua data ini akan direkodkan ke dalam borang komisioning sebagai bukti hitam putih bahawa pemasangan dilakukan mengikut standard rasmi.
Malaysia