Built-in wardrobe atau almari pakaian built-in ialah kabinet pakaian yang dibuat mengikut ukuran bilik. Ia lebih kemas daripada loose wardrobe kerana boleh disesuaikan dengan tinggi ceiling, lebar dinding, susunan pakaian dan gaya bilik.
Harga built-in wardrobe di Penang bergantung kepada:
Tiga pilihan pintu yang paling biasa ialah swing door, sliding door dan glass door.
Swing door ialah pintu wardrobe yang dibuka ke hadapan menggunakan hinge.
Sliding door ialah pintu wardrobe yang bergerak secara gelongsor di atas track.
Glass door wardrobe biasanya menggunakan tinted glass, aluminium frame atau slim frame untuk memberi gaya lebih premium.
| Jenis Wardrobe | Kos | Kelebihan Utama | Kekurangan Utama | Sesuai Untuk |
| Swing Door | Lebih rendah hingga sederhana | Mudah guna, akses penuh | Perlu ruang bukaan pintu | Bilik sederhana/besar |
| Sliding Door | Sederhana hingga tinggi | Jimat ruang | Track dan hardware penting | Condo/bilik kecil |
| Glass Door | Lebih tinggi | Premium dan moden | Perlu penjagaan | Master bedroom/walk-in wardrobe |
Harga wardrobe biasanya boleh dikira berdasarkan ukuran, material dan jenis pintu.
Contoh faktor utama:
Contoh asas:
Jika wardrobe panjang 8 kaki dan tinggi 8 kaki, jumlah permukaan dan material yang digunakan akan berbeza daripada wardrobe 8 kaki yang hanya tinggi 7 kaki.
Sebab itu, dua wardrobe yang sama panjang boleh mempunyai harga berbeza jika design dalaman dan jenis pintu tidak sama.
Anggaran di bawah hanyalah panduan awal dan perlu disahkan selepas ukuran sebenar serta pemilihan material.
| Saiz Wardrobe | Swing Door | Sliding Door | Glass Door |
| 6ft | RM5000 – RM7000 | RM5500 – RM7500 | RM6000 – RM800 |
| 8ft | RM7000 – RM9000 | RM7500 – RM9500 | RM8000 – RM10000 |
| 10ft | RM9000 – RM11000 | RM9500 – RM11500 | RM10000 – RM12000 |
Harga boleh berubah jika wardrobe termasuk:
Sliding door memang menjimatkan ruang, tetapi jika sistem track berkualiti rendah, pintu boleh jadi berat, bising atau mudah lari alignment.
Swing door murah dan praktikal, tetapi perlu pastikan ada ruang mencukupi antara wardrobe, katil dan laluan.
Glass door nampak premium, tetapi bahagian dalam wardrobe perlu sentiasa kemas kerana ia lebih mudah kelihatan.
Wardrobe dengan banyak drawer, compartment dan aksesori memang lebih mahal daripada wardrobe kosong dengan hanging rail sahaja.
Bilik condo di Penang kadang-kadang mempunyai beam, air-cond piping atau ceiling yang tidak rata. Ini perlu diambil kira semasa design wardrobe.
Untuk condo di Bayan Lepas, Sungai Ara, Jelutong, Gelugor dan Georgetown, ruang bilik biasanya lebih terhad. Sliding door boleh menjadi pilihan baik jika jarak antara katil dan wardrobe terlalu dekat.
Namun, jika ruang masih mencukupi, swing door boleh menjadi pilihan lebih praktikal dan mudah diselenggara.
Untuk master bedroom yang lebih besar, glass door wardrobe boleh menaikkan visual bilik, terutama jika dipadankan dengan lighting dan konsep moden.
Harga bergantung kepada saiz, material, jenis pintu, internal design dan hardware. Swing door biasanya lebih cost-effective berbanding sliding door dan glass door.
Ya, sliding door sesuai untuk bilik kecil kerana tidak memerlukan ruang bukaan pintu.
Tidak semestinya, tetapi perlu pastikan glass, aluminium frame dan hardware berkualiti. Ia juga memerlukan penjagaan lebih rapi.
Ya, kerana penggunaan material lebih banyak dan kerja pemasangan lebih teliti.
Jika ruang mencukupi, swing door lebih mudah dan praktikal. Jika ruang sempit, sliding door lebih sesuai.
Built-in wardrobe bukan hanya tentang saiz. Jenis pintu, internal compartment, hardware dan keadaan bilik memainkan peranan besar dalam harga akhir.
Jika anda sedang merancang wardrobe untuk rumah di Penang, Kabinet Sifu boleh membantu mencadangkan pilihan swing door, sliding door atau glass door yang sesuai dengan ruang, bajet dan gaya rumah anda.
Malaysia