Bantuan Peralatan Perniagaan Biznita Negeri Perak

Bantuan Peralatan Perniagaan Biznita Negeri Perak

Program Pengupayaan Wanita : Bantuan Peralatan Perniagaan Biznita adalah bertujuan untuk membantu menambahbaikkan perniagaan kepada peniaga dan usahawan kecil wanita melalui bantuan peralatan perniagaan.

Bantuan peralatan perniagaan bernilai maksimum RM 2,500.00 yang bersesuaian dengan keperluan perniagaan golongan sasar bagi tujuan mengembangkan perniagaan.
 

Permohonan yang LAYAK dipertimbangkan adalah seperti berikut :

  1. Wanita Sahaja
  2. Berumur 18 – 65 tahun
  3. Pemohon mesti menjalankan perniagaan sepenuh masa
  4. Pemohon menetap di Negeri Perak / bermastautin di Perak lebih 10 tahun
  5. Mempunyai Produk Sendiri
  6. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit Sahaja)

JENIS PERNIAGAAN

  1. Produk makanan & minuman
  2. Jahitan / kraftangan
  3. Pertanian
  4. Rawatan kecantikan & salun
ESM MACHINERY IPOH SDN BHD mempunyai pelbagai peralatan seperti perkakas makanan & minuman, alatan dan perkakas jahitan & kraftangan, peralatan pertanian & mesin pertanian, alatan kecantikan & salun dan pelbagai jenis alatan yang lain.

Kami sedia membantu anda untuk sebutharga bagi permohonan Biznita Perak.